Monday, December 5, 2011

Soal Jawab Tentang Voltage Stabilizer

Hari ini ramai orang tertanya-tanya, apakah fungsi sebenar voltage stabilizer pada kereta? Di manakah ia di pasang dan mengapakah ia perlu dipasang? Adakah ia membantu performance kereta kita? Disebabkan kemusykilan ini jadi masih ramai di antara pemilik-pemilik kereta di luar sana masih lagi tidak menggunakan voltage stabilizer ini.

1. Soalan:
Kenapa perlu menggunakan Penstabil Voltan (Voltage Stabilizer – VS) pada kenderaan?
Jawapan:
Apabila enjin dihidupkan, pelbagai peranti elektronik di dalam sesebuah kenderaan akan menggunakan voltan secara serentak contohya lampu, peranti suntikan bahan api(Injection), gegelung, radio, pendingin hawa dan lain-lain. yang menyebabkan voltan tidak lagi seimbang terutamanya kenderaan yang telah berusia. Di sini, VS akan memainkan peranan untuk cuba menyeimbangkan voltan dengan penggunaan secara maksimum yang mungkin.

2. Soalan:
Apakah kesan buruk untuk jangka panjang menggunakan VS?
Jawapan:
Setakat ini tidak ada pendapat yang mengatakan ada kesan buruk penggunaannya. Cuma sebilangan kecil mengatakan harganya mahal dan alat ini bukanlah sesuatu yang penting untuk dimiliki.

3. Soalan:
Kenapa harga VS mahal di pasaran ?
Jawapan:
Harganya mahal kerana, anda perlu bayar untuk jaminan produk, rekacipta, kos pengeluaran, pembungkusan yang menarik, gaji kakitangan pengeluar, keuntungan syarikat, kos bahan-bahan mentah yang cantik dan berkualiti, sesetengah syarikat membuat perlindungan insuran serta lain-lain.

4. Soalan:
Ada orang cakap, VS boleh jimat penggunaan petrol, betul ker?
Jawapan:
Apabila voltan pada sesebuah kenderaan telah stabil, maka peranti elektronik yang menggunakan voltan tidak perlu berkerja keras untuk bertugas secara minima mahupun maksima. Peranti elektronik yang paling hampir dengan kawalan minyak ialah injection dan computer box; jadi peranti ini dapat bekerja dengan baik tanpa beban yang berat dan akhirnya, suntikan bahan api berjalan lancar tanpa gangguan voltan yang turun naik. Maka dengan ini, penggunaan bahan api akan lebih efeksyen dan sekaligus jimat minyak. Bagaimana pun, cara pemanduan dan adalah berbeza-beza, jadi keputusannya juga berbeza untuk setiap kenderaan.

5. Soalan:
Kenapa pihak pengeluar kenderaan tidak mengeluarkan kenderaan baru yang didatangkan sekali dengan VS ini jika betul VS bagus?
Jawapan:
Pihak pengeluar/pengilang telah mengira pelbagai aspek permotoran. Aspek utama untuk kenderaan baru ialah pemanduan berhemah dan keselamatan. Bukan untuk kelajuan, perlumbaan dan sebagainya. VS tidak memberi banyak kesan untuk pemanduan berhemah. Anda beli kenderaan, andalah yang menentukan fungsi sesebuah kenderaan untuk rupa bentuk kegunaan.

6. Soalan:
Betul ke VS ni sebabkan ECU kereta terbakar?
Jawapan:
tiada kes pun yang mengatakan ECU terbakar di sebabkan oleh VS dan banyak mengatakan ECU terbakar disebabkan Alternator. Alternator sebenarnya ada built in auto voltage regulator untuk mengawal nilai output voltage iaitu 14.4V. Jika auto voltage regulator ini tidak berfungsi dengan baik ia akan mengeluarkan voltage yang tinggi dan akan menyebabkan lampu kereta akan terlebih terang pada satu ketika dan padam, menyebabkan komponen elektronik yang lain tidak berfungsi di mana fius telah blow@terputus disebabkan peningkatan arus. Masalah kereta berkaitan sistem elektrik dan elektronik ini perlu troubleshooting yang rumit dan banyak kemungkinan boleh menyebabkan kerosakan.

No comments:

Post a Comment